Jangkaan pasaran untuk harga minyak melonjak tinggi meleset dengan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran pada masa ini sedikit reda.
Sebelum ini, harga minyak diramalkan akan melambung tinggi ekoran faktor bekalan yang bakal terjejas. Namun, sangkaan tersebut dinafikan oleh OPEC yang kekal tenang menyatakan konflik yang melanda Timur Tengah tidak begitu memberikan kesan ketara terhadap pasaran minyak.
Dagangan dolar Kanada kembali mempamerkan penyusutan berbanding US dolar. Data inventori minyak mentah Amerika Syarikat yang tinggi turut menambahkan jangkaan permintaan yang menurun.
Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga mula menunjukkan tanda-tanda kenaikan harga setelah berapa kali menguji zon support sejak minggu lalu di paras sekitar 1.29600.
Pada Selasa, harga mula menunjukkan lonjakan harga dari paras support tersebut sehingga menguji paras tumpuan pada 1.30200.
Namun harga kembali turun semula ke paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada dagangan semalam sebelum kenaikan diteruskan sehingga melepasi paras ketinggian 1.30400 pada sesi New York.
Bersambung pada dagangan hari ini, pergerakan harga agak perlahan pada sesi Asia sementara pelabur menantikan berita-berita terbaru dalam pasaran.
Kenaikan harga dijangka akan diteruskan melepasi paras 1.30500 menuju paras penting 1.31000 yang berada pada zon SBR (support become resistance).
Namun jika penurunan harga kembali berlaku, harga yang berjaya bergerak melepasi paras sokongan MA50 dilihat akan menuju semula ke zon support 1.29600 sebelum ini.
Penurunan lebih rendah dari zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Oktober 2018.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.