Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin pada Khamis telah mengeluarkan kenyataan yang positif bahawa orang ramai akan mula mendapat bantuan dalam tempoh tiga minggu ini bagi mengurangkan kesan wabak Covid-19.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pengumuman kelulusan pakej rangsangan yang bernilai $2 trillion dolar sebagai bantuan dan pengurangan impak Covid-19 terhadap ekonomi. Pada keesokan hari, para-para ahli senat akan mengundi rang undang-undang tersebut.
Jabatan Buruh melaporkan bahawa tuntutan pengangguran telah meningkat kepada 3.28 juta. Jumlah ini merupakan jumlah yang tertinggi pernah dicatatkan walaupun dibandingkan dengan jumlah yang dicatat semasa kemelesetan ekonomi 2009 iaitu hanya sebanyak 665,000 dan 695,000 unit pada Oktober 1982. Pada minggu lepas jumlah tuntutan pengangguran adalah sebanyak 282,000.
Walaubagaimanapun menurut Mnuchin apabila ditanya mengenai data yang dikeluarkan, angka-angka tersebut adalah tidak relevan.
Mengenai penularan wabak Covid-19, ketua Persekutuan Rizab Jerome Powell memberi ulasan bahawa Amerika Syarikat mungkin sedang dalam fasa kemelesetan namun ekonomi dijangka akan melonjak kembali kerana disaat ini langkah pengawala yang ketat sedang dijalankan, hanya waktu akan menentukan pembukaan ekonomi sepenuhnya.