Tether (USDT) yang merupakan stablecoin terkemuka yang dilancarkan oleh Tether Limited. Ianya digelar sebagai stablecoin kerana disokong oleh dolar Amerika Syarikat (USD).
Lebih mengejutkan ianya telah mencapai permodalan pasaran lebih dari $ 10 bilion pada 22 Julai. Pencapaian tersebut telah diumumkan sendiri oleh Tether dan dipaparkan di aggregator harga pasaran, yang dikenali sebagai CoinGecko.
Pelancaran Tether telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada tahun 2020, meningkat 2 kali ganda dari $ 5 bilion dalam tempoh hanya 5 bulan sejak Mac pada tahun yang sama!
Pertumbuhan yang dicatatkan didakwa berpunca daripada fiat yang terdapat di bursa dan diubah menjadi USDT.
Penggunaan Tether pada masa ini merangkumi sebahagian besar transaksi dan nilai pada kebanyakan rangkaian yang sedia ada. Selain itu, ia adalah salah satu pengguna terbesar di Ethereum dengan memiliki lebih dari $ 6 bilion USDT sebagai token ERC-20.
Seterusnya, pengguna Tether terbesar adalah Tron, mempunyai lebih dari $ 2.8 bilion USDT melebihi 2.5 kali kapitalisasi pasaran TRX. USDT berasaskan Bitcoin (BTC) berada di tempat ketiga, dengan $ 1.3 bilion.