Bakal presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden sudah mula menyusun pentadbirannya, termasuk memilih bekas pengerusi Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Gary Gensler sebagai pakar kewangan.
Gensler pernah berkhidmat sebagai pengerusi CFTC ketika pentadbiran Barrack Obama. Kali ini di bawah pentadbiran presiden yang ke-46, beliau akan memimpin pasukan agensi kajian bagi Federal Reserve dan pengawal selia perbankan serta sekuriti.
Menurut Gensler, matawang kripto termasuk Bitcoin (BTC) memerlukan dasar yang jelas untuk terus berkembang dan mencadangkan perlindungan ke atas pelabur dari sebarang manipulasi pasaran.
Pada 2018, Gensler juga ada menyatakan initial coin offerings (ICO) wajar dipandang sebagai satu perlindungan, meletakkan penawaran itu di bawah bidangkuasa US Securities and Exchange Commission.
Gensler ketika lantikan itu juga merupakan penasihat kanan di MIT Media Lab’s Digital Currency Initiative. Firma itu menjalankan kajian terhadap blockchain dan matawang digital dengan harapan untuk melancarkan pembangunan dan pengaplikasian teknologi.
Adakah ini bermakna AS akan mengalami fasa peralihan yang menfokuskan kepada industri kripto?
Walaupun Biden sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kripto, pelabur Mike Novogratz akui pentadbiran baru 2021 akan memberi impak positif kepada industri tersebut dengan anggapan program rangsangan yang berterusan dapat meningkatkan anti-inflasi Bitcoin.
Pada masa yang sama, pihak penganalisis tidak dapat menolak pentadbiran Biden akan meningkatkan pasaran ketika ketidakpastian menetap dan harapan rangsangan tambahan meningkat. Namun, usaha itu juga berupaya melemahkan matawang kripto ketika US dolar menguat.