Ketegangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker. Dalam satu acara pada hari Selasa, beliau telah memberikan pandangan beliau mengenai hal ini bahawa para perunding UK dan EU berkemungkinan besar tidak akan mencapai perjanjian perdagangan dalam beberapa bulan akan datang.
Sebagaimana telah diketahui, rundingan perdagangan antara UK dan EU yang berlangsung sejak Brexit, belum membuat kemajuan yang signifikan dan hal ini meningkatkan lagi keraguan bahawa perjanjian ini dapat dimenterai dalam beberapa minggu akan datang.
Menurut Juncker, seseorang individu yang memainkan peranan penting dalam rundingan Brexit sebelumnya menyatakan situasi yang berlaku sekarang tidak berkembang ke arah yang baik dan berkemungkinan tidak ada kesepakatan.
Kebimbangan terhadap no-deal Brexit semakin meningkat susulan kenyataan UK sedang merancang untuk mengubah beberapa bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit yang ditandatangani secara rasmi pada Januari lalu.
Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran terhadap kemungkinan no-deal Brexit kepada UK jika negara itu cuba mengubah perjanjian tersebut. Perdana Menteri UK Boris Johnson sebelum ini menetapkan tarikh akhir rundingan perdagangan pada 15 Oktober.
Jika kesepakatan tidak dapat dicapai dalam masa beberapa minggu ini makan perdagangan EU-UK akan mengikut peraturan perdagangan WTO. Secara teknikalnya hal ini dapat meningkatkan kos untuk syarikat-syarikat di kedua-dua belah pihak.
Akhir sekali Juncker menyimpulkan bahawa tidak ada cara lain utnuk menjadi sebahagian daripada pasaran dalaman tanpa menyetujui peraturan bersama.