Mata wang komoditi terus bergerak lemah berbanding US dolar sehingga ke penghujung dagangan minggu ini selepas pelabur kembali berwaspada dalam pasaran.
Dolar Kanada turut pamerkan penyusutan sejak awal minggu lagi berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Coronavirus di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah khususnya memberi tekanan terhadap pasaran minyak mentah yang menjadi eskport utama Kanada.
Tambahan lagi, data inventori minyak mentah AS yang meningkat turut memberikan gambaran harga minyak akan terus mengalami kejatuhan ekoran permintaan yang rendah.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga kekal meneruskan kenaikan sehingga ke penghujung minggu selepas harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga.
Pada dagangan semalam, dapat dilihat harga sedikit menurun selepas menguji paras rintangan 1.31000 menuju berhampiran paras sokongan MA50.
Sesi New York melihatkan harga terus bergerak lebih tinggi menguji zon SBR (support become resistance) 1.31000-1.31400.
Kenaikan masih diteruskan lebih tinggi pada dagangan yang bersambung pada Jumaat di atas paras 1.31400 dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi akan menuju zon tumpuan seterusnya pada 1.32000.
Sekiranya harga membuat penurunan semula melepasi paras 1.31000, jangkaan untuk perubahan trend bearish harga akan mendorong harga menuju ke paras sokongan pada 1.30000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI