Ekonomi Kanada mencatat 378,200 penciptaan pekerjaan pada bulan September, kebanyakkannya adalah pekerjaan sepenuh masa sebagaimana dilaporkan oleh Jabatan Statistik Kanada pada hari Jumaat. Disisi lain, kadar pengangguran turun kepada 9.0%.
Pekerjaan di sektor pengeluar barangan mencatat peningkatan sebanyak 75,100 pekerjaan yang merangkumi hampir keseluruhan dalam sektor pembuatan. Sektor perkhidmatan disisi lain pula meningkat sebanya 303,100.
Bacaan perkerjaan yang dicatat pada hari ini adalah jauh lebih dibandingkan jangkaan para pakar ekonomi yang mensasarkan hanya sebanyak 156,000 pekerjaan akan ditambah pada bulan September dan kadar pengangguran turun kepada 9.7%.
Matawang USD/CAD terus mencatat penyusutan kepada pars 1.3146 dengan susut sebanyak 0.34% setakat jam 10.00 p.m. Matawang dolar masih bergerak positif adalah juga didorong oleh kestabilan pada pasaran minyak mentah global.
Dolar Kanada walau bagaimanapun kekal menampil prestasi dagangan lebih baik berbanding US dolar dengan penurunan 3 hari berturut-turut dipaparkan pada carta pasangan USD/CAD.