Penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) memberi amaran pada hari Jumaat agar tidak berpuas hati dengan inflasi yang rendah dan menekankan risiko matawang euro yang kukuh.
Selepas sehari pengumuman yang dibuat oleh ECB yang mengekekalkan pendirian ke atas pertumbuhan ekonomi dan inflasi, ketua ekonomi Philip Lane dan ketua bank pusat Perancis Francois Villeroy de Galhau telah memberi kenyataan yang memberi penekanan kepada matawang euro yang kukuh. Mereka berpendapat bahawa hal ini sangat penting untuk dipertimbangkan kerana ia memberi tekanan pada harga.
Presiden ECB Christine Lagarde pada hari Khamis mengatakan bahawa ECB hanya akan “berhati-hati” memantau kadar pertukaran. Kenyataan Lagarde telah menambahkan lagi pengukuhan matawang euro dimana pada ketika itu para pelabur telah mula meragui tekad ECB untuk menambah rangsangan.
Tambah Lane, lebih banyak data dalam beberapa bulan akan datang akan membantu menentukan dasar dan dengan ini kemungkinan besar ECB akan meningkatkan program rangsangan yang bernilai 1.35 trilion euro.
Villeroy menyatakan bahawa kadar pertukaran penting bagi inflasi dan dasar monetari. Beliau menambah pengukuhan euro baru-baru ini dapat mengurangkan kadar inflasi. Kedua-dua pembuat dasar itu juga mengulangi pesanan umum ECB bahawa bank pusat bersedia melakukan lebih, jika diperlukan.
Matawang euro terus catat pengukuhan berbanding US dolar iaitu pengukuhan sebanyak 0.16% pada paras 1.1831 setakat jam 11.40 p.m