Tahun 2020 begitu bergelora buat Bitcoin (BTC), menyaksikan harga per token pada awal tahun sekitar $7,000 menjunam di bawah $4,000 pada Mac sebelum naik mencecah lebih $10,000.
Berdasarkan rekod, sehingga kini matawang digital itu meningkat 40%, menjadikan permodalan pasaran sekitar $200 bilion.
Pelabur terkemuka firma pembuatan kereta elektrik, Tesla mengeluarkan jangkaan terhadap nilai bitcoin akan melonjak sekitar $1 trilion sehingga $5 trilion dalam tempoh 5 hingga 10 tahun lagi.
Dakwaan tersebut berlandaskan pada peralihan pelabur ke sektor kripto, sebagai usaha untuk melindungi aset daripada inflasi yang berpunca daripada perbelanjaan pihak kerajaan dan pencetakan wang yang luar biasa.
Pengarah penyelidikan Ark Invest, Yassine Elmandjra menyifatkan bitcoin memberi profil risiko yang menarik berbanding kebanyakan aset. Beliau menasihatkan pelabur untuk tidak mengabaikan bitcoin sebagai kelas aset.
Ark begitu terkenal dengan sasaran harga yang optimis bagi Tesla, yang mana pertaruhan pada tahun ini membuahkan hasil yang tidak dijangka kerana harga syarikat kereta elektrik itu meningkat empat kali ganda.
Walaupun matawang digital itu pernah susut selepas melonjak tinggi sekitar $20,000, Ark masih kekal positif dengan kedudukan bitcoin yang dijangka akan meningkat mendadak.
Pada waktu yang sama, Elmandjra turut bimbang dengan risiko yang boleh membantutkan lonjakan nilai aset itu.
Masalah terhadap teknologi misalnya yang memegang sejumlah besar bitcoin, boleh menyebabkan beberapa pihak berpengaruh mendominasi transaksi sekaligus memusnahkan nilai jangkaan bitcoin.