Menurut Lembaga Penerbangan Awam Singapura, negara berkenaan akan menarik semula sekatan sempadan bagi pengunjung dari Australia dan Vietnam mulai 8 Oktober.
Hal ini demikian kerana kedua-dua negara memiliki sistem pengawasan kesihatan masyarakat yang komprehensif dan telah menunjukkan keberhasilan dalam mengendalikan penyebaran virus Covid-19 serta risiko penularan wabak berkenaan rendah.
Selain itu, Singapura turut menarik semula sekatan untuk pelancong dari Brunei Darussalam dan New Zealand pada awal September.
Oleh yang demikian, para pelancong dari Vietnam dan Australia, tidak termasuk yang berasal dari negara Victoria, boleh membuat permohonan Pas Perjalanan Udara untuk masuk ke Singapura dari 1 Oktober.
Terdapat beberapa syarat yang dikenakan kepada para pengunjung iaitu :
- Pemohon mesti tinggal di kedua-dua negara selama 14 hari berturut-turut sebelum masuk.
- Pengunjung akan menjalani ujian Covid-19 semasa ketibaan. Sekiranya disahkan negatif, mereka akan dibenarkan menjalankan aktiviti mereka tanpa perlu memberikan Pemberitahuan Menginap di Rumah.
- Semua pelawat mesti pergi ke Singapura dengan penerbangan langsung tanpa transit.
- Pengunjung mesti memuat turun aplikasi TraceTogether pemerintah di telefon bimbit mereka dan terus mengaktifkannya selama mereka tinggal di Singapura
- Pengunjung juga akan bertanggungjawab untuk sebarang bil perubatan berkaitan Covid-19 semasa berada di negara ini.