Bank Pusat Eropah terus berwaspada terhadap keadaan ekonomi wabak zon Eropah dan kadar pertukaran matawang euro kerana hasil daripada langkah rangsangan yang diterapkan oleh ECB belum mencapai tahap yang memuaskan sepertimana yang dikatakan oleh ahli ECB, Fabio Panetta pada hari Selasa.
Menurut Panetta, “‘hasil yang dicapai daripada langkah-langkah dasar monetari ECB adalah baik namun ia belum sampai kepada tahap sangat memuaskan kerana tekanan harga dan jangkaan inflasi masih tidak banyak berubah.
Tambah Panetta, dengan prospek inflasi pada ketika ini, bank pusat terutamanya harus tetap waspada dalam menilai data-data terkini termasuk pergerakan nilai tukaran.
Sebelum ini juga, para penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) telah memberi amaran agar tidak berpuas hati dengan inflasi yang rendah dan menekankan risiko matawang euro yang kukuh.
Secara keseluruhan sebagaimana yang dikatakan Lagarde, pemulihan ekonomi itu berjalan sejajar dengan jangkaan bank yang sebelumnya. Bank pusat kini menjangkakan penurutna GDP sedikit lebih kecil pada tahun ini iaitu pada hanya 8%.