Ekonomi UK telah menunjukkan momentum positif dengan mencatat pengukuhan dari kesan pandemik Covid-19 berdasarkan data-data terkini yang dikeluarkan terutama pada hari Jumaat. Walaubagaimanpun, pinjaman kerajaan melonjak naik melepas paras harga 2 trillion pound dan kembimbangan terhadap kehilangan pekerjaan pada masa akan datang turut meningkat.
Jualan runcit UK merekodkan pertumbuhan sederhana sebanyak 3.6% pada bulan Julai, mengalahkan jangkaan pasaran untuk meningkat 2%. Data indeks tempahan pengurus (PMI) pada bulan Ogos menunjukkan pertumbuhan terpantas dalam hampir tujuh tahun.
Ekonomi UK kini berada dalam fasa pemulihan setelah catat penyusutan dalam ekonomi sebanyak 20% pada suku kedua iaitu sebuah angka penurunan terbesar berbanding negara-negara berekonomi besar.
Pakar ekonomi dari HSBC Liz Martins menzahirkan kesangsian terhadap pemulihan ekonomi berbentuk V bagi negara UK kerana akitivit perniagaan zon Eropah semakin lemah berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mulai melonjak kembali.
BoE meramalkan kadar pengangguran akan mencapai 7.5% pada akhir tahun iaitu dua kali ganda daripada jangkaan sebelum ini.
Matawang pound setakat ini masih mencatat penyusutan berbanding US dolar dengan penyusutan sebanyak 0.87% setkat jam 10.20 p.m.