Pentadbiran Trump tekad untuk mendesak Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) agar mentetapkan semula tarif. Pihak mereka dalam masa yang sama menyifatkan kadar tarif yang dikenakan sudah “ketinggalan” dan menyifatkan bahawa perlakuan WTO adalah tidak adil.
Wakil Perdagangan A.S. Robert Lighthizer mengatakan perubahan tarif oleh WTO adalah sangat diperlukan pada ketika ini bagi mendorong pertumbuhan ekonomi semasa dengan lebih baik. Beliau berpendapat bahawa banyak negara yang berkekonomi besar dan maju telah menetapkan tarif yang lebih tinggi daripada apa yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Pentadbiran Trump berkali-kali menyalahkan WTO kerana gagal dalam membuatkan China bertanggungjawab terhadap amalan perdagangan yang tidak adil. Pihak Trump juga menegaskan China sepatutnya tidak boleh dilayan seperti negara membangun.
Lighthizer juga mengkritik WTO dan badan sekutunya kerana telah memposisikan A.S sebagai negara yang tidak adil dalam amalan perdagangan dengan China walaupun AS mencatat defisit perdagangan yang besar.
Justeru, atas dasar itu pentadbiran Trump akan terus menekan WTO jika terdapat amalan perdagangan negara asing yang melanggar peraturan WTO.