Dunia masih lagi tidak kering dengan kontroversi pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un bermula dengan status kesihatannya sehinggalah berita palsu kematiannya.
Terbaru dilaporkan nyawa pemerintah itu pernah berada di hujung tanduk apabila diserang oleh sekumpulan pembangkang yang dipercayai menggunakan sebuah kapal.
Kapal itu merupakan milik Korea Utara telah ditempatkan oleh pihak berkuasa Korea Selatan pada Disember 2018.
Ancaman ini didedahkan menerusi majalah Jepun, Shukan Gendai oleh bekas ketua Angkatan Pertahanan Diri Jepun, Laksamana Kastsutoshi Kawano.
Menurut pegawai atasan itu lagi, pembangkang yang membuat cubaan membunuh Jong-un merupakan tiga pegawai tentera Korea Utara.
Walau bagaimanapun, cubaan membunuh pemerintah itu menemui titik kegagalan dan Korea Utara menuntut kapal itu untuk dikembalikan.
Tidak ramai yang mengetahui berita ini kerana gagal mendapat liputan susulan daripada isu pertembungan kapal perang Korea Selatan dengan pesawat peronda Jepun.
Sehingga kini dakwaan oleh Kawano masih belum disahkan secara rasmi.