Selepas mengukuh sejak awal minggu ini, dagangan Pound mula bergerak perlahan menuju penghujung minggu dengan tumpuan utama masih terarah pada isu Brexit.
Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier telah tiba di London untuk meneruskan rundingan bersama rakan sejawatannnya dari UK, David Frost.
Jangkaan optimis untuk perkembangan positif rundingan serta lanjutan tempoh rundingan telah menyokong pengukuhan Pound pada minggu ini.
Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, selepas harga pamerkan lonjakan harian sehingga 240 pips pada Rabu lalu, dagangan Pound kembali perlahan menunjukkan penurunan semula harga dari paras ketinggian 1.31700.
Penurunan harga tersebut turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar di penghujung minggu dengan sentimen pasaran yang masih bercampur menantikan perkembangan pakej rangsangan ekonomi AS.
Harga telah membuat penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Harga bergerak perlahan di paras sokongan 1.30600 pada zon RBS (resistance become support) di mana menjadi paras rintangan harga pada dagangan minggu sebelum ini.
Penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan ke paras penting 1.30000 sebelum penurunan selanjutnya bakal menuju zon support pada 1.29000.
Sebaliknya, lonjakan semula harga akan menyaksikan zon resistance 1.32000 akan kembali diuji sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI