Saban tahun terakhir ini, hubungan perdagangan Amerika Syarikat (A.S) dan Kesatuan Eropah semakin tidak baik berikutan pertikaian perdagangan yang belum selesai. Walaubagaimanapun, pengumuman perjanjian perdagangan kecil pada hari Jumaat telah memberi nafas lega untuk kedua-dua belah pihak dan mengurangkan ketegangan yang berlaku.
Suruhanjaya Eropah telah menyatakan persetujuan untuk menamatkan pengenaan tarif untuk lobster untuk 5 tahun akan datang. Setakat ini, kesepakatan tersebut belum mendapat persetujuan oleh Institusi Eropah namun ia telah disambut baik oleh banyak pihak yang lain.
Dalam perjanjian tersebut turut menyatakan sebagai balasan A.S harus mengurangkan 50% duti ke atas barangan tertentu Kesatuan Eropah termasuk barang-barang kristal dan makanan.
Pengumuman tersebut telah membuka lebih banyak kesepakatan untuk ditandatangani oleh kedua belah pihak pada masa hadapan. Kedua-dua ketua perunding dari kedua-dua belah pihak iaitu Perwakilan Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Pesuruhjaya Phil Hogan dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pengurangan tarif ini sebagai permulaan proses yang mewujudkan perjanjian susulan bagi mencapai perdagangan yang lebih bebas,adil dan saksama.
Laporan ini telah meningkatkan harapan pasaran terhadap hubungan perdagangan antara A.S dan EU. Walaubagaimanapun, penganalisis menzahirkan kekhuatiran mengenai kesepakatan perdagangan akan dicapai sebelum pilihanraya.