India dilaporkan telah membeli sebanyak 387,817 tan minyak sawit dari Malaysia pada bulan Julai ketika import edible oil negara itu meningkat.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Solvent Extractors’ Association of India, jumlah import bulanannya turut meningkat kepada 1.51 juta tan pada bulan Julai daripada 1.16 juta tan pada bulan Jun.
Import minyak sawit India pada bulan Julai adalah 824.078 tan, mencatatkan sebanyak 46.4% dari bulan sebelumnya, sementara bahagian minyak sawit dalam import edible oil adalah 54%.
Sementara itu, import dari Malaysia terdiri daripada 385,317 tan minyak sawit mentah (CPO) dan 2,500 tan minyak inti sawit mentah (CPKO). Walau bagaimanapun, India tidak mengimport palmolein RBD bulan lalu.
Sebelum ini, permintaan minyak sawit di negara ini telah terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19 yang mempengaruhi kegiatan komersial, sementara penggunaan minyak bunga matahari dan minyak kacang soya isi rumah melaporkan peningkatan.
Kini, pembukaan semula aktiviti perniagaan telah mendorong peningkatan dalam penggunaan minyak sawit.
Untuk pengetahuan semua, India mengimport minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia, sementara pembekal soft oil utama adalah Brazil, Argentina dan Ukraine.