Perdana Menteri Boris Johnson melafazkan janji pada hari Selasa bahawa akan memberi keutamaan untuk mentransformasikan Britain berbanding menyelesaikan isu ‘status quo’ selepas krisis Covid-19 ditangani dengan membangunkan lebih banyak rumah, meningkatkan mutu pendidikan, membanteras jenayah dan mendukung ekonomi hijau.
Dalam berhadapan dengan kritikan, Johnson malah memaparkan visinya untuk negara Britain dimana ekonomi UK telah merosot dengan banyak disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19. Beliau menambah dengan mengyakinkan bahawa beliau akan mengatasi isu-isu seperti perumahan, pendidikan, pekerjaan dan jenayah.
Johnson turut memberitahu bahawa pelan transformasi UK adalah lebih utama dari status quo kerana menangani status quo penuh dengan kesulitan dan kekecewaan.
Walaupun Johnson menabur janji-janji yang menyakinkan namun beliau telah dihadapkan dengan berbagai kritikan dalam kalangan pengkritik yang mempersoalkan tentang bagaimanakah langkah yang akan diambil untuk merealisasikan janji yang telah diungkap.
Matawang GBP telah menunjukkan pengukuhan sedikit berbanding US dolar setelah laporan pidato Johnson.