Polkadot (DOT) nampaknya menjadi perhatian Spartan Black, pusat matawang kripto utama di Asia susulan daripada lonjakan kripto itu berpotensi untuk memasuki senarai tiga teratas matawang terbesar berdasarkan permodalan pasaran (Market Capitalization).
Buat masa sekarang, DOT tersenarai sebagai matawang keenam terbesar dalam permodalan pasaran di CoinGecko.
Pada waktu yang sama, sejak tersenarai di Binance lapan hari lalu, harga DOT telah melonjak lebih daripada 200% dan kebanyakan penganalisa positif terhadap harganya berkemungkinan boleh melonjak lebih tinggi.
Terdapat juga beberapa faktor sentimen yang menguntungkan di sekitar DOT. Protokol tersebut tidak bersaing secara langsung dengan Ethereum Network. Sebaliknya, berskala dengan pantas dan hasilnya telah mengimbangi nilai tinggi Ethereum.
DOT juga menunjukkan pertumbuhan laju di dalam beberapa minggu ini, baik dari aspek penilaian dan juga projek.
Pengasas bersama Spartan Black, Kelvin Koh sebelum ini menjangkakan DOT akan mencecah $5 berdasarkan pemodalan pasaran Cardano Pada pertengahan Ogos. Namun beberapa minggu dari ramalan tersebut, DOT menyaksikan lonjakan melebihi $5 iaitu $6.57.
Berikutan daripada ramalan tersebut, Koh juga yakin dalam tempoh tahun ini DOT akan berada di tahap tiga teratas permodalan pasaran di Coingecko/CMC.
Menyentuh persaingan antara Ethereum dan DOT, Koh menjelaskan kedua-dua matawang kripto itu bersaing dan jika perkara tersebut berlaku, ‘kejayaan’ DOT tidak akan memberi kesan negatif kepada Ethereum.
Walau bagaimanapun, jika Polkadot diberi peluang untuk wujud bersama dengan Ethereum, tidak mustahil akan meningkatkan jangka hayat yang lebih lama.
Platform pertukaran kripto utama telah menyenaraikan DOT selepas mengalami perubahan nilai utama, menunjukkan sokongan terhadap matawang kripto. Malah, bagi platform pertukaran di Amerika Syarikat (AS) termasuk Kraken bertindak pantas menyenaraikan DOT sebaik sahaja dilancarkan.