Matawang pound sterling jatuh lebih rendah pada sesi Eropah berikutan pengukuhan US dolar dan dilemahkan oleh beberapa faktor dalam negara, terutama kebimbangan terhadap kejatuhan ekonomi UK dan kurangnya kemajuan dalam rundingan perdagangan Brexit.
Timbalan Gabenor Bank of England (BOE) Dave Ramsden memberitahu pada Rabu bahawa tahap ekonomi Britain mungkin akan kekal pada 1.5% lebih rendah daripada yang sepatutnya ketika ia tidak dilanda krisis pandemik Covid-19.
Selain itu, ketua perundingan Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier menyatakan kebimbangan dan kekecewaannya terhadap rundingan perdagangan Brexit yang masih menemui jalan buntu berikutan kedua-dua pihak yang enggan berkompromi walaupun mengatakan sedia untuk berbuat demikian.
Dagangan pound sterling susut lebih rendah dengan didagangkan di sekitar harga 1.3295 berbanding US dolar. Matawang itu sebelum ini menyentuh paras ketinggian terbaru bagi tahun 2020 pada sesi dagangan Selasa.
Dalam pada itu, mengenai kemungkinan berlakunya kadar faedah negatif, Gabenor Boe Andrew Bailey mengatakan bahawa langkah itu sememangnya ada dalam perancangan bank pusat, tetapi beliau tidak bercadang untuk menggunakannya setakat ini.
Sementara itu, dolar greenback terus didagangkan mengukuh berbanding kebanyakan matawang utama lain dengan kenaikan 0.2% pada 92.83.