US dolar masih mencatat prestasi kurang memberangsangkan pada hari Rabu dan susut ke paras terendah dalam seminggu kerana sekatan ekonomi yang lebih ketat di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah. Dalam masa yang sama, pengumuman vaksin yang memiliki tahap keberkesanan yang lebih tinggi telah meningkatkan harapan pasaran.
Syarikat Pfizer dan BioNTech melaporkan pada hari Rabu bahawa analisis data mereka yang terkahir mendapati bahawa vaksin Covid-19 mereka mempunyai keberkesanan sebanyak 95% dalam mencegah Covid-19.
Laporan tersebut tidak banyak mempengaruhi US dolar kerana kebimbangan pemain pasaran terhadap rancangan rangsangan monetari oleh the Fed. Pengurus the Fed, Jerome Powell telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih banyak perkara perlu dilakukan untuk memulihkan ekonomi. Ditambah pula dengan jualan runcit yang kurang dari jangkaan penganalisis.
Indeks US dolar yang mengukur matawang green back berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.1% kepada 92.327 setakat jam 9.40 p.m.
Matawang euro terus mengukuh kepada paras tukaran $1.186 walaupun terdapat isu mengenai pembantahan dari negara Poland dan Hungary terhadap pakej rangsangan EU yang berjumlah $ 2.14 trilion.
Dalam isu Brexit, Setiausaha Perniagaan UK, Alok Sharma mengatakan Britain berharap dapat mementerai perjanjian perdagangan Brexit namun EU harus memahami bahawa mereka berurusan dengan negara yang berdaulat.
Dalam pada itu, kadar inflasi UK menunjukkan peningkatan pada bulan Oktober, didorong oleh kenaikan harga pakaian dan makanan berikutan sekatan coronavirus diperketatkan di banyak kawasan.
Matawang pound terus mendaki lebih tinggi menuju ke paras ketinggian terbaru pada 1.3272 berbanding US dolar. Manakala matawang Cad catat pengukuhan berbanding US dolar.
Bacan Indeks Harga Pengguna (CPI) Kanada meningkat kepada 0,4% pada bulan Oktober dari bacaan -0.1% yang dicatat pada bulan September.Sementara itu, inflasi teras, tidak termasuk harga makanan dan tenaga tidak berubah pada 1% setahun pada bulan Oktober.