Sebuah platform blockchain, Lygon yang dikawal oleh perisian IBM Public Cloud dilaporkan telah berjaya melepasi ujian yang dijalankan bersama bank Australia, ANZ, Commonwealth Bank of Australia (CBA) dan Westpac termasuk 20 syarikat Australia.
Dikatakan ujian platform tersebut memakan masa selama satu tahun.
Menariknya mengenai pengaplikasian Lygon, pihak bank yang terlibat dapat mengeluarkan jaminan bank dalam masa sehari, berbanding cara konvesional iaitu menggunakan kertas memerlukan tempoh masa sehingga sebulan.
Kelebihan blockchain Lygon yang diperkenalkan mendorong tiga bank Australia dan runcitan Scentre Group bersama IBM untuk meluaskan lagi pasaran Lygon bagi penggunaan komersial.
Pengerusi Lygon, Nigel Dobson percaya perkomersialan platform tersebut merupakan satu penanda aras bagi teknologi blockchain di Australia dan global, di mana segala bentuk dokumen dapat didigitalkan tanpa penggunaan kertas.
Terbaru, platform tersebut juga berkemampuan untuk memproses jaminan biasa bank termasuk pindaan dan pembatalan.
Dijangka Lygon akan melebarkan kelebihannya tidak hanya terhad kepada pihak tetapi juga memenuhi kehendak pihak pelanggan dan pasaran antarabangsa bermula awal 2021.