Pelabur masih melihat US dolar akan mengekalkan pengukuhannya pada minggu ini setelah permintaan meningkat terhadap matawang tersebut pada awal minggu.
Lonjakan US dolar adalah berikutan sentimen pasaran yang kembali berisiko disebabkan kebimbangna terhadap gelombang kedua Coronavirus yang kini menyerang Eropah.
Justeru, di samping pengukuhan ketara US dolar dalam pasaran, matawang Euro pula mengalami tekanan ekoran pemulihan ekonomi yang terbantut dengan penularan semula pandemik.
Tekanan tersebut menghalang momentum pengukuhan Euro sebelum ini dengan keyakinan pelabur terhadap polisi bank pusat Eropah yang menyokong kenaikan Euro pada minggu lalu.
Data ekonomi pada sesi Eropah hari ini akan diberi tumpuan yang bakal mempengaruhi pergerakan matawang Euro.
Pergerakan harga pada carta harga bagi pasangan EUR/USD, harga telah memaparkan corak penurunan selama 3 hari dari awal minggu.
Harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend kekal bearish.
Penurunan harga semalam telah menembusi paras support 1.17200 yang menjadi paras sokongan harga sejak Julai dan Ogos lalu.
Pada sesi Asia pagi ini, harga telah menyambung penurunan lebih rendah ke bawah paras 1.17000 dengan US dolar kekal dengan prestasi yang baik.
Penurunan harga dijangka akan menuju pada zon support 1.16000 sebelum harga bergerak perlahan menguji zon tersebut.
Kenaikan harga pula dilihat akan menguji semula paras 1.17000-1.17200 yang membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru.
Kenaikan seterusnya akan kembali menuju semula ke zon tumpuan harga sebelum ini sekitar 1.18000.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI