The Reserve Bank of Australia (RBA) memberitahu akan menjalankan satu kajian terhadap potensi penggunaan sepenuhnya matawang digital bank pusat (CBDC) menggunakan teknologi berasaskan Ethereum di negara itu.
Kajian tersebut akan dijalankan dengan kerjasama Commonwealth Bank, National Australia Bank, firma perkhidmatan kewangan, Perpetual dan firma perisian, ConsenSys.
Menurut Penolong Gabenor RBA, Michele Bullock, melalui usaha yang dilaksanakan mereka berharap dapat mengkaji implikasi CBDC dari aspek kecekapan, pengurusan risiko dan inovasi dalam transaksi pasaran kewangan menyeluruh.
Malah, penggunaan CBDC yang masih menimbulkan persoalan dalam industri kewangan turut mendorong mereka untuk mengkaji peranan teknologi itu dalam sistem pembayaran Australia di masa hadapan.
Tindakan ini juga merupakan langkah RBA untuk berhadapan dengan undang-undang CBDC. Pada Oktober lalu, ketua polisi pembayaran di RBA menjelaskan pihak bank akan meneruskan kajian terhadap CBDC walaupun pada September lalu pihak institusi kewangan telah memberitahu tiada dasar kukuh dikeluarkan.
Antara alternatif yang dikemukakan dalam penubuhan CBDC termasuklah New Payments Platform (Platform Pembayaran Baharu) yang berjaya dengan kecekapan negara.
Pihak mereka juga tidak teragak-agak untuk terus memberikan akses kepada wang kertas fiat selagi mana rakyat Australia berkehendak menggunakan aset tersebut.
Kajian itu dijangka akan tamat pada hujung 2020, disusuli dengan laporan yang dikeluarkan pada 2021.