Pada lewat hari Isnin, Republikan Senat dijangka akan mengumumkan pakej rangsangan bantuan Covid-19 yang bernilai $1 trillion. Pakej yang bakal diumumkan oleh Rumah Putih ini mensasarkan golongan pengangur yang telah kehilangan kehilangan pekerjaan di sebabkan penularan wabak Covid-19 dan ditambah pula faktor bahawa faedah pengangguran bakal berkahir.
Ketua Kakitangan Rumah Putih, Mark Meadows memwarwarkan pada hari Ahad bahawa rancangan itu hanya tinggal beberapa proses yang memerlukan pengesahan dari beberapa pihak sebelum Mitch McConnell selaku pemimpin Senat mengumumkan pada lewat hari Isnin.
Pakej rangsangan tersebut mengandungi faedah pengangguran tambahan bagi membantu 70% penganggur yang kehilangan pekerjaan. Salah satu faktor, pakej ini diumumkan adalah kerana $600 per minggu yang diberikan sebagai faedah pengangguran akan berkahir.
Sehingga kini kerajaan AS telah membelanjakan $3.7 trilion sebagai dana bantuan bagi mengekang impak penularan Covid-19 terhadap ekonomi.