Harini merupakan hari ketujuh bandar-bandar Amerika berhadapan dalam situasi gawat, dimana keganasan dan kerusuhan terus berlangsung dengan beberapa pegawai polis telah ditembak dan tercedera dalam rusuhan tersebut. Kejadian ini berlaku susulan selepas Presiden Donald Trump bersumpah akan mengerahkan tentera untuk mengatasi kerusuhan tersebut jika kejadian tersebut masih berlangsung.
Di New York, para penunjuk perasaan telah memecahkan tingkap kedai berhampiran Rockefeller Center dan menghancurkan pintu kedai. Demonstrasi turut berlaku di tempat-tempat lain, antaranya di daerah Philadelphia, dimana para penunjuk perasaan turun ke jalanan di tengah-tengah bandaraya. Menjelang taklimat media Presiden Donald Trump di Rumah Putih, polis telah bertindak menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan
Pertembungan terus tercetus antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan. Kemarahan orang awam semakin meningkat apabila Trump mengancam untuk menggerakan ribuan pasukan bersenjata.
Setakat ini lebih dari 5,600 orang di Amerika Syarikat telah ditangkap sejak seminggu yang lalu berikutan beberapa monumen dan harta benda menjadi mangsa vandalisme.
Rusuhan yang berlaku di bandaraya Amerika Syarikat (A.S) telah mendorong kepada kejatuhan harga minyak mentah sekaligus menimbulkan kebimbangan pasaran.Rusuhan yang berlarutan beberapa hari itu turut dibimbangi akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Amerika Syarikat dengan peserta protes yang tidak menghiraukan risiko pandemik Coronavirus yang masih belum reda.
Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 97.543 setakat jam 10.45 p.m