Saham Moderna Inc telah meningkat lebih daripada 5% pada hari ini setelah penganalisis mendedahkan tentang perjanjian pembekalan vaksin coronavirus bernilai $ 1.5 bilion dengan kerajaan Amerika Syarikat bahkan ianya boleh mendorong kepada perjanjian serupa dengan negara lain.
Amerika Syarikat dan Moderna telah mengumumkan perjanjian untuk 100 juta dos vaksin COVID-19 yang berpotensi pada semalam. Calon vaksin tersebut dikenali sebagai mRNA-1273, adalah salah satu daripada beberapa vaksin yang telah berjaya tiba ke peringkat akhir ujian.
Vaksin dan rawatan yang berkesan adalah sangat untuk menghentikan penularan wabak COVID-19, dengan pemerintah juga menandatangani perjanjian untuk vaksin berpotensi dari syarikat seperti AstraZeneca dan Pfizer Inc.
Berdasarkan kontrak yang ditandatangani, Moderna akan memberikan kira-kira 100 juta dos, dengan harganya sekitar $ 30.50 untuk setiap individu dengan suntikan dua dos.
Selain itu, perjanjian tersebut didakwa akan dibayar sepenuhnya sekiranya vaksin itu berjaya mencatatkan pencapaian tertentu sebelum 31 Januari 2021.
Saham Moderna, yang meningkat lebih dari 3 kali ganda dan merupakan antara peratusan yang memperoleh keuntungan tertinggi dalam indeks bioteknologi Nasdaq. NBI tahun ini, diniagakan pada $ 72.85.