Britain umumkan perbelanjaan ketenteraan terbesar sejak Perang Dingin pada hari Khamis. Perkara ini membawa indikasi bahawa UK berusaha untuk tampil mainkan peranan dalam dunia selepas Brexit.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengatakan perbelanjaan tambahan itu mencerminkan keperluan bahawa perlunya untuk meningkatkan kemampuan ketenteraan walaupun wabak Covid-19 terus memberi impak yang besar terhadap ekonomi dan membebani kewangan.
Johnson merancang untuk menjadikan angkatan laut UK sebagai angkatan laut terkuat di Eropah. Bukan itu sahaja, beliau juga merancang untuk meningkatkan keupayaan agensi perisikan kecerdasan buatan (A.I).
Tambahan berjumlah 16.5 bilion pound bersamaan $ 22 bilion diumumkan untuk dibelanjakan dalam sektor ketenteraan dalam tempoh empat tahun akan datang. Perbelanjaan menggariskan kesimpulan pertama dari tinjauan besar mengenai dasar dan pertahanan luar negeri.
Pengumuman perbelanjaan ketenteraan dilakukan seminggu setelah Johnson berjanji kepada Presiden AS, Joe Biden bahawa Britain bertekad untuk kekal sebagai tentera bersekutu dengan A.S.