Matawang Sterling menyusut di bawah $1.19 pada hari Rabu sehingga keparas terendah sejak Oktober 2016 berikutan kekhuatiran masalah kecairan.
Matawang pound menyusut jatuh melebihi daripada 1.5% kepada $1.1826 iaitu pada titik terendah sejak tahun 1985 tanpa mengira kira perkara yang berlaku pada Oktober 2016 yang menyebabkan matawang sterling susut kepada $1.1450.
Pasaran menzahirkan rasa kebimbangan terhadap kejatuhan ekonomi dari impak pandemik. Disebabkan ini para pelabur telah memindahkan pelaburan mereka dari melabur dalam aset-aset UK ke tempat lain. Di saat yang sama, matawang sterling juga telah terkesan akibat permintaan global yang semakin tinggi terhadap matawang US dolar.
Selain matawang pound, bon obligasi UK juga merosot selepas kerajaan mengumumkan pakej rangsangan untuk perniagaan-perniagaaan sebagai usaha untuk menghadkan impak koronavirus terhadap ekonomi domestik. Indeks saham FTSE 100 jatuh sekitar 5% pada hari ini.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 1.48% pada kepada paras 101.275 setakat jam 11.10 p.m.
Menurut penganalisis UBS Dean Turner dan Thomas Flury., antara faktor pengukuhan US dolar adalah kerana tumpuan pasaran pada kecairan kewangan di tengah-tengah ketidaktentuan daripada pandemik ini. Dalam keadaan yang tidak menentu, syarikat dan pelabur memerlukan dolar untuk menjalankan urus niaga.