Harga emas kembali catat kejatuhan semula pada dagangan sesi Eropah selepas kenaikan yang dipamerkan pada sesi Asia gagal diteruskan.
Penurunan harga emas dilihat ditekan oleh pengukuhan nilai US dolar dalam pasaran seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD.
Faktor utama menyokong pengukuhan US dolar adalah sentimen berisiko pasaran berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Coronavirus serta perkembangan kurang memberangsangkan berkenaan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Gesaan oleh Pemimpin Majoriti Senat AS untuk menangguhkan Senat selepas pilihan raya Presiden bakal menghalang persetujuan dicapai dalam masa terdekat.
Dapat dilihat kenaikan harga pada carta XAU/USD menguji zon SBR (support become resistance) 1910.00 membuat penurunan semula ke paras 1900.00.
Harga emas dijangka akan terus berlegar di sekitar paras tersebut dengan ketidaktentuan pasaran yang membuatkan pelabur lebih berhati-hati untuk berada dalam pasaran.
Namun jika penurunan harga emas terus berlaku, paras support pada sekitar 1875.00 dilihat akan menjadi tumpuan.
Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, zon SBR 1910.00 akan cuba ditembusi harga untuk kenaikan seterusnya menuju zon resistance 1930.00.
Pantau perkembangan krisis pandemik, pake rangsangan ekonomi AS serta lain-lain yang mempengaruhi pasaran sekaligus turut memberi kesan pergerakan harga emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI