Logam kuning tanpa dijangka mencatatkan peningkatan lebih tinggi ke paras ketinggian 2 minggu pada sesi New York di tengah-tengah harapan terhadap rangsangan fiskal tambahan AS telah meningkatkan daya tarikan emas sebagai lindung nilai kepada inflasi.
Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan meningkat pada $1,866 per auns sementara niaga hadapan emas diniagakan stabil pada $1,870 per auns (10.45 pagi waktu Malaysia).
Optimisme terhadap terhadap pakej rangsangan baru meningkat selepas kongres AS dilaporkan akan mengundi pada minggu ini bagi memberi lebih banyak masa kepada para penggubal dasar untuk mencapai kesepakatan.
Sementara itu, Pemimpin Senat Demokrat, Chuck Schumer memberitahu bahawa terdapat tanda-tanda kemajuan dalam perbincangan mengenai pakej bantuan yang dicadangkan oleh bipartisan.
Selain itu, terdapat juga penghindaran risiko dalam pasaran pada permulaan dagangan awal minggu yang mendorong pembelian logam berharga termasuk beberapa permintaan terhadap safe-haven lain.
Turut mempengaruhi sentimen terhadap emas adalah ketidakpastian dalam rundingan perdagangan Brexit yang menyebabkan pasaran berundur daripada matawang pound sterling dan beralih kepada safe-haven.