Rizab Persekutuan pada hari Khamis telah mengumumkan sedikit butiran langkah baru bagi pakej rangsangan iaitu pembiayaan $2.3 trilion untuk sektor pernaigaan dan kerajaan.
Langkah yang diambil The Fed antaranya adalah mensasarkan pemberian pinjaman untuk perniagaan Main Street dan beberapa inisiatif lain bagi menyokong ekonomi Amerika Syarikat yang sedang bergolak ini. Bank Pusat juga dalam masa yang sama memberi rincian terhadap langkah yang diambil pihak mereka dalam menstabilkan ekonomi antaranya ialah rancangan untuk membeli bon korporat dan bon-bon yang lain.
Dibawah peruntukan ini, pinjaman tersebut ditujukan kepada perniagaan yang memiliki bilangan pekerja sehingga 10,000 pekerja dan dalam masa yang sama memiliki hasil perniagaan yang kurang dariapda $ 2.5 bilion bagi tahun 2019.Selain itu, bayaran prinsipal dan faedah akan ditangguhkan selama setahun.
Menurut the Fed program rangsangan tersebut berjumlah sehingga $2.3 trilion dolar dan ia termasuk program perlindungan gaji dan beberapa langkah-langkah lain yang bertujuan untuk membantu perniagaan kecil dan maslahat umum.
Pengerusi The Fed Jerome Powell berpendapat, keutamaan negara pada ketika ini adalah menangani krisis kesihatan awam, meningkatkan penjagaan terhadap pesakit dan menghadkan penularan pandemik. Disisi lain, The Fed akan berperanan untuk menjana aktiviti ekonomi dan memastikan ekonomi kekal stabil.