Pentadbiran Trump mengumumkan keputusan untuk melarang syarikat penerbangan China untuk membuat penerbangan ke negara A.S bermula pada akhir bulan ini. Pengumuman ini diumumkan susulan daripada pelarangan yang dikemukakan oleh pentadbiran Beijing yang melarang syarikat penerbangan A.S untuk melakukan penerbangan ke China.
Perintah yang dikeluarkan pada hari Rabu akan berkuat kuasa pada 16 Jun dan ia berkemungkinan akan diperketatkan lagi. Syarikat penerbangan Air Lines dan United Airlines telah mendesak kerajaan China untuk memberi persetujuan penerbangan ke China setelah perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut tergendala berikutan pandemik Covid-19.
Menurut Jabatan Pengangkutan A.S, matlamat utama bukanlah untuk memburukkan situasi namun membentuk persekitaraan yang lebih baik, dimana syarikat penerbangan kedua-dua belah pihak dapat menggunakan sepenuhnya hak bilateral mereka. Walaubagaimanapun, sekiranya Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) membuat pengubahsuaian dalam polisi mereka bagi memperbaiki situasi maka pihak AS bersedia untuk menarik kembali perintah yang dikeluarkan.
Pada bulan Mac yang lalu, pegawai CAAC telah menyatakan bahawa syarikat penerbangan China dibenarkan untuk melakukan satu penerbangan berjadual dalam seminggu ke mana-mana negara. Tindakan ini diambil sebagai langkah pencegahan Covid-19.