Matawang US dolar meneruskan penyusutan kepada paras terendah lebih 2 tahun berbanding matawang utama pada hari Khamis selepas The Fed memilih untuk mengekalkan polisi dan harapan terhadap pakej rangsangan A.S dan perjanjian Brexit telah meningkatkan selera risiko pelabur.
Dalam masa yang sama terdapat laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh bahawa terdapat peningkatan ketara dalam tuntutan pengangguran. Tamsilnya ini telah menujukkan ekonomi A.S terus terkesan akibat Covid-19.
Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan pertama untuk faedah pengangguran meningkat secara tiba-tiba pada minggu lalu kerana lonjakan jangkitan Covid-19 yang mengganggu operasi perniagaan dan menghambat pengambilan pekerja.
Matawang gergasi itu terus menerima tekanan susulan keputusan Federal Reserve yang mengekalkan kadar faedah di tahap terendah ketika para perunding Kongres kini dilaporkan semakin hampir untuk mencapai perjanjian dalam rundingan pakej rangsangan tambahan AS.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback menyusut sebanyak 0.67% berbanding matawang utama pada paras tukaran 89.757 setakat jam 10.30 p.m
Selain itu, dolar Kanada memanfaatkan penyusutan US dolar dan peningkatan harga minyak mentah dengan didagangkan menguat di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun.
Pound sterling pula melonjak pada 1.3588, tahap terkuatnya sejak Mei 2018, diangkat oleh keyakinan pasaran abhawa perjanjian perdagangan Brexit dapat dicapai.
Pelabur masih meletakkan harapan terhadap rundingan Brexit walaupun pada waktu ini persetujuan masih lagi belum dicapai berikutan halangan pada isu perikanan.