Pasaran menyambut baik keputusan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25% dan program pembelian aset skala besar (LSAP) NZ$100 bilion pada mesyuarat polisi bagi sesi November.
Selain itu, RBNZ turut memperkenalkan rangsangan tambahan baru kepada ekonomi untuk memenuhi sasaran inflasi dan pekerjaan melalui Program Pendanaan untuk Pinjaman (FLP) NZ$28 bilion bermula Disember. FLP akan mengurangkan kos pendanaan bank dan menurunkan kadar faedah.
Sementara itu, bank pusat menjangkakan peningkatan berterusan dalam kadar pengangguran ketika ekonomi disesuaikan dengan situasi semasa dan inflasi juga diramalkan tetap berada di abwah sasaran untuk beberapa waktu.
New Zealand telah mendapat pujian dunia atas kejayaannya dalam membendung penularann coronavirus yang membolehkan ekonominya dibuka semula setelah beberapa minggu ditutup.
Namun, dengan sempadan antarabangsa yang mungkin akan terus ditutup, RBNZ meramalkan penguncupan dalam dua suku berturut-turut pada bulan Disember dan Mac.
Gabenor RBNZ, Adrian Orr yang berucap selepas keputusan bank pusat mengatakan bahawa aktiviti ekonomi di dalam dan luar negeri sejak bulan Ogos ternyata dilihat lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan sebelum ini.
Susulan keputusan bank pusat, dolar New Zealand melonjak ke paras ketinggian 20 bulan dan meningkat lebih tinggi setelah Gabenor Adrian Orr mengatakan kadar faedah akan kekal pada 0.25% sehingga tahun depan.
Kenyataan terbaru Gabenor Orr pastinya membawa kelegaan kepada para pelabur yang dilihat tidak akan melaksanakan kadar faedah negatif dalam waktu terdekat.