Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas mencatat kejatuhan. Hal ini merupakan tanda yang positif dan menunjukkan pasaran buruh A.S masih kukuh walaupun terdapat tanda-tanda bahawa tuntutan faedah pengangguran akan meningkat berikutan wabak koronavirus yang telah menimbulkan ketakutan pasaran kewangan sehingga mendorong penurunan kadar faedah kecemasan dari the Fed.
Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran awal pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 29 Februari jatuh sebanyak 3,000 kepada angka 216,000 tuntutan berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh. Angka ini tersasar daripada sasaran penganalisis yang menjangkakan tuntutan jatuh kepada 215,000.
Tuntutan faedah/insurans pengangguran adalah indikasi pasaran buruh yang penting dan perlu dipantau dengan teliti unuk mengetahui impak wabak koronavirus terhadap ekonomi. Berdasarkan trend empat minggu berturut-turut, pasaran buruh AS menunjukkan peningkatan lebih baik dari minggu ke minggu.
Wabak koronavirus telah menyebabkan lebih daripada 3,000 kematian dan menjangkiti hampir 90,000 di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, seramai 11 orang telah meninggal dunia akibat penyakit ini dan jumlah jangkitan telah melebihi 100 orang.
The Fed pada hari Selasa telah mengambil keputsan untuk mengurangkan kadar faedah penanda aras semalaman dengan setengah mata peratusan kepada julat sasaran 1.00% hingga 1.25%. Ia adalah pemotongan kadar kecemasan pertama bank pusat A.S. sejak kemunculan krisis kewangan pada tahun 2008.