Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 881,000 tuntutan. Bacaan ini mengatasi jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis dan membawa indikasi bahawa sektor buruh semakin pulih dari kesan penularan wabak Covid-19.
Berdasarkan soal selidik Dow Jones, para pakar ekonomi menjangkakan jumlah tuntutan pengangguran akan mencatat sebanyak 950,000 tuntutan. Data ini telah menunjukkan penambahbaikan dalam pasaran buruh walaupun dengan perubahan metodologi pengiraan. Metodologi baru digunakan kerana semasa penularan bacaan tututan pengangguran adalah lebih dari kiraan sebenar.
Jumlah pekerja yang mendapat faedah pengangguran meningkat kepada 29.22 juta dengan meningkat sebanyak 2.2 juta berbanding minggu sebelumnya.
Angka jumlah tuntutan pengangguran ini dikeluarkan sehari lebih awal daripada laporan NFP bagi bulan Ogos. Para ahli ekonomi menjangkakan pertambahan sebanyak 1.32 juta dan kadar pengagguran jatuh dari 10.2% kepada 9.8%.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan sedikit pengukuhan sebelum susut kepada paras 92.782 susulan data tuntutan pengangguran dikeluarkan.