Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson melaporkan pada hari Khamis bahawa, Johnson bersedia untuk meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa kesepakatan apabila tempoh peralihan Brexit berakhir. Walaubagaimanapun, Johnson masih yakin ada kesepakatan yang perlu dilakukan.
Tambah Johnson, pentadbiran UK memiliki komitmen yang jelas untuk mencapai kesepakatan dengan EU. Namun cabaran utama pada ketika ini adalah kekurangan masa. Atas dasar itu, Johnson sekali lagi mejelaskan jika EU tidak dapat beri komitmen dalam tempoh jangka masa yang diberikan maka tiada kesepakatan akan terhasil.
Sebelum ini, Boris Johnson telah menyatakan nada yang sama bahawa Brexit tanpa sebarang ikatan perjanjian berkemungkinan akan menjadi salah satu pilihan yang sangat baik kerana perbincangan rundingan sering kali berakhir dengan jurang pandangan yang sangat besar antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).
Tarikh akhir tempoh peralihan Brexit akan berakhir pada 31 Disember dan para menteri UK telah menolak gagasan untuk memperpanjangkan masa peralihan walaupun di himpit dengan isu wabak Covid-19. Hal ini kerana, pihak UK berpendapat bahawa pengunduran UK dari EU seperti yang dirancang akan menawarkan lebih banyak kestabilan kepada perniagaan.
Pound Sterling masih didagangkan sedikit kukuh berbanding US dolar walaupun tekanan masih membelenggu matawang Eropah itu berikutan kebimbangan terhadap perkembangan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK).