Dalam ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Selasa, beliau telah memberi amaran terdapat kemungkinan bahawa pemulihan ekonomi A.S akan merosot sekiranya penularan wabak Covid-19 tidak dikawal.
Menurut beliau, pengembangan ekonomi masih jauh dari yang diharapkan. Pada tahap awal ini beliau berpendapat bahawa dasar yang diperkenalkan masih tidak sejajar. Sokongan yang terlalu sedikit akan menyebabkan pemulihan ekonomi lemah dan menimbulkan kesulitan untuk sektor isi rumah dan perniagaan.
Walaubagaimanapun, risiko suntikan dana berlebihan pada ketika ini adalah lebih kecil. Namun tindakan dasar lebih besar daripada yang diperlukan tidak akan membuatkan ia sia-sia. Pemulihan akan berkembang dengan lebih cepat.
Dalam ucapan beliau, Powell tidak memberi apa-apa maklumat mengenai langkah the Fed yang seterusnya. Disisi lain, anggota Kongres dan Trump juga masih lagi belum bersepakat atas rangsangan lanjutan.
Powell mengulas bahawa hal yang paling tidak diingini telah berjaya dielakkan. Pinjaman kerajaan untuk perniagaan kecil dan bantuan untuk para penganggur telah menyokong pemulihan namun pemulihan yang belum lengkap dapat mendorong kepada kemelesetan ekonomi. Dengan peningkatan dalam pelaburan perniagaan, pertumbuhan yang sederhana dalam pasaran buruh dan pemberhentian pekerjaan yang berkurangan merupakan salah kejayaan yang dikecapi.
Langkah yang tuntas perlu dilakukan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berada dalam kawalan, jika tidak dengan peningkatan kes Covid-19 ia dapat mendorong kepada kemelesetan.