Matawang dolar Kanada yang dinilai mempamerkan prestasi terbaik antara matawang utama pada 2019 berkemungkinan berdepan dagangan yang sukar bagi tahun 2020.
Loonie berjaya mengukuh sekitar 5% berbanding US dolar pada 2019 dengan bank pusat Kanada terus mengekalkan kadar di paras yang stabil. Pemulihan pada harga komoditi bagi suku keempat turut menyokong matawang Kanada tersebut.
Pada Selasa, iaitu hari terakhir bagi dagangan tahun 2019, pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD telah mencatatkan penurunan ke paras terendah sepanjang tahun mencecah 1.29500.
Penurunan ke paras tersebut mencatatkan 100 pips penurunan dari zon support 1.30500 pada dagangan Oktober yang diuji pada hari sebelumnya.
Harga masih kekal berada di bawah garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga bagi carta USD/CAD.
Harga yang pantul semula sekitar 30 hingga 40 pips dari paras terendah Selasa lalu melihatkan pergerakan perlahan harga pada permulaan dagangan untuk tahun yang baru.
Pengukuhan bagi dolar Kanada turut didorong oleh faktor ketegangan yang melanda di Timur Tengah yang mempengaruhi bekalan minyak mentah.
Selain itu juga, sentimen positif perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China turut menyokong pengukuhan Loonie.
Jika sentimen tidak berubah, harga dijangka akan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah berkemungkinan menuju ke paras sekitar 1.29000.
Penurunan lebih rendah bakal menuju zon support pada dagangan Oktober 2018 yang lalu mencecah paras 1.27800.
Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, paras tumpuan pada 1.30500 dilihat antara kawasan yang akan diuji harga sebelum kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan.
Seterusnya, zon SBR (support become resistance) pada 1.31000 menjadi destinasi untuk kenaikan seterusnya harga pada carta USD/CAD.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.