Mencecah paras terendah sejak September 2016 pada Isnin lalu, harga pada carta pasangan matawang USD/JPY kembali pamerkan kenaikan semula sehingga penghujung minggu ini.
US dolar masih diniagakan berisiko ekoran pasaran menjangkakan penurunan lebih rendah kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat seterusnya.
Fed kini telah mengumumkan suntikan kecairan dalam pasaran yang bernilai 1.5 trilion USD dalam usaha untuk menangani serangan wabak Coronavirus COVID-19 ke atas ekonomi terbesar di dunia itu.
Turut mengikut jejak langkah Fed adalah bank pusat Jepun pada hari ini yang telah mengumumkan suntikan 500 bilion Yen melalui operasi perjanjian belian balik (repo operation).
Bank of Japan (BOJ) juga turut mengumumkan tawaran pembelian bon kerajaan Jepun (JGB) yang bernilai 200 bilion Yen.
Tindakan tersebut telah menjadi faktor penyusutan matawang Yen pada dagangan hari ini di mana pada kebiasaannya Yen mendapat permintaan dalam sentimen berisiko pasaran.
Dagangan USD/JPY telah pun mempamerkan kenaikan pada sesi New York semalam melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) dan mencapai paras ketinggian melepasi 106.000 sebelum turun semula menutup dagangan di paras lebih rendah.
Harga yang berlegar di sekitar paras 104.500 pada sesi Asia telah mencatatkan kenaikan 150 pips sehingga ke paras ketinggian semalam dan masih menguji paras tersebut menjelang awal sesi pasaran Eropah.
Kenaikan harga yang lebih tinggi dilihat akan menuju paras 107.00 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Namun jika harga membuat penurunan semula, penurunan lebih rendah di bawah paras MA50 dilihat akan menguji paras terendah harian semalam sebelum meneruskan penurunan lebih rendah menuju paras support pada terjunan harga Isnin lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI