US dolar terus diniagakan lemah pada awal minggu ini berbanding safe-haven Yen yang lebih mengukuh dan mendapat permintaan dalam sentimen berisiko pasaran.
Seperti dagangan emas yang melonjak, matawang safe-haven seperti Yen juga turut memanfaatkan peluang untuk mengukuh dalam pasaran sementara ekonomi dunia terus dilanda ketidaktentuan yang masih lagi dijejaskan oleh penularan wabak pandemik COVID-19.
Bank pusat Jepun kini sedang dalam pertimbangan untuk langkah-langkah pembiayaan korporat bagi menyokong syarikat-syarikat dan perniagaan yang terjejas akibat Coronavirus. Mesyuarat polisi terbaru akan diadakan pada penghujung April.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga telah menunjukkan corak penurunan sejak minggu lalu dengan pergerakan harga lebih mendatar pada awal minggu sebelum penurunan telah melepasi paras sokongan 108.300.
Memulakan dagangan awal minggu ini, harga terus menunjukkan penurunan semalam lebih 100 pips mencecah paras terendah harian sekitar 107.500.
Pergerakan harga pada hari ini mula mendatar sepanjang sesi Asia sehingga bersambung ke sesi Eropah. Harga masih bergerak perlahan di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat trend kekal bearish.
Penurunan harga yang akan diteruskan akan melepasi paras 107.400 sebelum menuju zon support menguji paras penting sekitar 107.00.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan, paras halangan dinamik MA50 akan diuji sebelum kenaikan diteruskan menuju 108.300 yang merupakan zon SBR (support become resistance).
Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras-paras penting 108.600 sebelum menuju ke paras ketinggian pada dagangan awal April di bawah paras 109.400.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI