Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) telah mengeluarkan blue print dan kertas kajian untuk keselamatan makanan, serta menyenaraikan blockchain sebagai pilihan yang sesuai untuk mengatasi beberapa cabaran yang dikenal pasti.
Selain itu, rancangan tersebut telah dikeluarkan pada awal minggu ini dengan menjelaskan tentang beberapa cabaran yang dihadapi oleh sektor makanan di seluruh negara dan mengkaji bagaimana penggunaan teknologi pintar dapat menyelesaikannya.
Teknologi tersebut merangkumi artificial intelligence, Internet of Things, teknologi sensor dan blockchain. Keempat-empat teknologi ini dapat membantu untuk tech-enabled traceability, pencegahan dan tindak balas wabak, pemodenan runcit dan budaya keselamatan makanan.
Manakala blockchain berfungsi untuk menerima dan mengesan program dan data penting daripada industri dan rakan kongsi.
Hakikatnya FDA telah mengadakan perbincangan tentang potensi blockchain sejak 2 tahun kebelakangan ini. Pada bulan Jun, Pesuruhjaya FDA, Stephen Hahn dan Timbalan Pesuruhjaya Dasar dan Respons Makanan, Frank Yiannas menyatakan bahawa wabak COVID-19 telah memberikan impak yang buruk terhadap sektor rantaian bekalan makanan. Oleh itu, blockchain dianggap sebagai salah satu teknologi yang menjadikannya lebih mudah untuk dikesan melalui rantaian bekalan dan produk makanan.