Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson, keputusan Sweden untuk menjalankan sekatan terhadap Huawei China dari rangkaian telekomunikasi 5Gnya akan menghalang persaingan dan perdagangan bebas.
Sebelum ini, pengawal selia telekomunikasi Sweden PTS awal bulan ini telah menghentikan lelongan spektrum 5G setelah mahkamah menangguhkan beberapa bahagian keputusannya yang mengecualikan Huawei dari rangkaian 5G kerana risiko keselamatan negara.
Berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembuat peralatan telekomunikasi Sweden itu, Borje Ekholm mengatakan bahawa adalah penting untuk memiliki pasaran terbuka dan persaingan bebas. Tambahnya lagi, persaingan merupakan sebuah faktor yang baik terhadap sesebuah syarikat bahkan memiliki kesan jangka masa panjang iaitu mendorong ke arah inovasi serta mampu untuk menyediakan produk terbaik buat para pelanggan.
Selain itu, Ericsson telah memenangi kontrak dari ketiga-tiga operator utama di China untuk membekalkan peralatan radio untuk rangkaian 5G, sementara Nokia tidak memenangi sebarang kontrak radio 5G di pasaran yang sangat kompetitif.
Huawei, yang telah menafikan risiko keselamatan negara, telah mengajukan tuntutan terhadap keputusan Sweden untuk mengecualikannya dari rangkaian 5G. Kementerian luar negeri China mengatakan bahawa Sweden harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang salah dengan menyekat Huawei dan ZTE untuk mengelakkan kesan negatif terhadap syarikat Sweden di China.
Di samping itu, syarikat berkenaan juga berharap agar sekatan keseluruhan rangkaian telekomunikasi baru akan ditangguhkan, kerana fokus politik di Eropah adalah untuk melancarkan 5G secepat mungkin. Jika tidak, Eropah bakal ketinggalan.