Masa depan Cardano (ADA) dan Ripple (XRP) masih menjadi tanda tanya.
Berdasarkan prestasi kedua-dua aset ini yang langsung tidak mengujakan, barangkali ada kegusaran pelabur yang mahukan ‘lebih’ daripada pembangunnya.
Arcane Research mendedahkan ada plot twist pada 2022 nanti.
Apa yang bakal berlaku untuk 2022?
Diramalkan XRP dan ADA yang tersingkir dari senarai 10 koin kripto teratas.
Prestasi XRP mula memburuk selepas Ripple berhadapan dengan saman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) sejak Disember 2020.
Sementara itu, ADA pula menunjukkan ‘pertumbuhan’ yang terbantut walaupun telah melancarkan kemaskini Alonzo yang membolehkan sokongan terhadap kontrak pintar dan NFT.
Khabar baiknya pula rangkaian lapisan-1 seperti Solana (SOL), Avalanche (AVAX), Terra (LUNA), Fantom (FTM), dan Harmony (ONE) akan terus mencatatkan prestasi yang luar biasa.
Barangkali rangkaian-rangkaian ini akan mengatasi prestasi Ethereum.
Bagaimana pula dengan token-token meme anjing shiba inu: Shiba Inu (SHIB) dan Dogecoin (DOGE)?
Arcane Research mendapati token-token ini akan hilang, menjadi sejarah yang membawa momen parabolik dan kegilaan yang tidak masuk akal pada 2021.
Menakutkan dan mengujakan. Tapi, sama-sama nantikan!