US dolar dilihat menutup dagangan pada Rabu dengan pergerakan yang bercampur sementara para pelabur masih berwaspada menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di penghujung minggu.
Unjuran laporan pekerjaan yang positif untuk bulan Julai boleh mendorong pengukuhan lebih awal nilai US dolar, namun beberapa faktor lain masih memberi tekanan terhadap mata wang utama itu.
Antaranya hasil perbendaharaan AS yang berlegar rendah di paras sekitar 1.80% serta kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi AS selepas data tinjauan sektor pembuatan diterbitkan dengan bacaan yang lemah.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-bakal-kuat-10am#t=0:00
Menarik jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam apabila penurunan harga berlaku pada sesi New York dengan pengukuhan oleh US dolar.
Pada mulanya, harga menunjukkan kenaikan sekali lagi menguji zon rintangan 1.19000 namun masih gagal untuk menembusinya menjadikan 3 hari berturut-turut zon tersebut berjaya menghalang kenaikan harga.
Membuatkan pelabur berwaspada untuk situasi penurunan harga semula apabila harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk isyarat bearish.
Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah hari ini, paras 1.18000 dilihat akan kembali menjadi tumpuan harga.
Melepasi paras sokongan tersebut akan melihatkan harga menguji zon support beberapa minggu sekitar paras 1.17500.
Sebaliknya jika cubaan lonjakan terbaru harga berjaya melepasi tembok 1.19000, kenaikan harga lebih tinggi dijangka untuk menuju ke paras 1.19700 sebelum menguji zon rintangan tumpuan pada 1.20000.
Kenaikan ke paras tersebut juga akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu selepas harga menjunam di bawah paras tersebut pada pertengahan Jun lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG