Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Rabu 9.00 Pagi): Perkembangan sektor pembuatan dan perkhidmatan turut dipantau untuk menilai kesihatan ekonomi kedua terbesar di dunia ini. Bacaan data yang baik akan mendorong kepada sentimen pasaran yang positif.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Rabu 2.00 Petang): Bacaan akhir pertumbuhan GDP di UK bagi suku terakhir 2020 dijangka tidak berubah dengan bacaan awal yang menurun kepada 1.0%.
Data Inflasi Eropah (Rabu 5.00 Petang): Bacaan awal tahunan inflasi di zon Eropah dijangka positif dengan unjuran peningkatan indeks harga pengguna kepada 1.3% berbanding 0.9%. Bacaan yang memberangsangkan akan membantu memulihkan tekanan di Eropah susulan peningkatan kes jangkitan virus.
Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Khamis 10.00 Malam): Tinjauan bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat dijangka akan memberi impak terhadap dagangan US dolar dalam pasaran. Bacaan dijangka kekal tinggi untuk menunjukkan perkembangan baik sektor ekonomi terbesar dunia itu.
Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Menjadi data tumpuan utama pada minggu ini adalah data NFP AS dengan jangkaan pertambahan pekerjaan hampir dua kali ganda untuk bulan Mac. Kadar pengangguran dijangka akan menunjukkan penurunan.