Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Pelabur bakal beri perhatian terhadap keputusan mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada minggu ini setelah memberi isyarat untuk menangguhkan rancangan pengurangan pembelian bon pada mesyuarat sebelum ini.
Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Selasa 10.00 Malam): Sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat dijangkakan untuk mencatat bacaan yang menguncup, namun masih berada pada paras yang stabil. Perbezaan pada angka bacaan yang diterbitkan berbanding jangkaan boleh memberi kesan ketara terhadap pergerakan US dolar.
Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 9.00 Pagi): Dolar New Zealand bakal menerima impak positif pada awal dagangan minggu ini berikutan jangkaan untuk Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) bakal meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi edisi Oktober.
Laporan Data Pekerjaan ADP NFP (Rabu 8.15 Malam): Pekerjaan sektor swasta AS dijangka catat peningkatan untuk bulan September berbanding sebelumnya. Bacaan meningkat akan menjadi petunjuk awal bagi pelabur untuk laporan NFP AS yang positif pada penghujung minggu.
Laporan Data Pekerjaan NFP (Jumaat 8.30 Malam): Selepas kejatuhan ketara pada pertambahan pekerjaan bagi bulan Ogos lalu, bacaan terbaru untuk September dijangka sedikit pulih dan kadar pengangguran di AS juga diramalkan semakin menurun.
Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Walaupun kadar pengangguran di Kanada dijangka susut, namun pertambahan pekerjaan untuk bulan September diunjurkan catat bacaan yang lemah berbanding laporan bulan sebelumnya.