Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Purata pendapatan UK dilihat menunjukkan corak kenaikan mencapai paras 4.7% pada Disember dan dijangka turut meningkat untuk bacaan Januari. Namun, kadar pengangguran dijangka akan terus meningkat.
Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Indeks harga pengguna UK dijangka meningkat ke paras 0.8% untuk Februari sementara bacaan teras turut dijangka meningkat untuk bulan ketiga berturut-turut.
Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Rabu 5.00 Petang): Bacaan indeks PMI masih menunjukkan pengembangan yang berterusan di atas paras 50.0 mata sejak Julai tahun lalu. Bacaan terbaru dijangka tidak menunjukkan perubahan yang ketara.
Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Rabu 5.30 Petang): Begitu juga dengan bacaan indeks PMI di UK bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dilihat menunjukkan angka yang stabil.
Mesyuasat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.75%. Kenyataan susulan oleh bank pusat akan diberi perhatian oleh pelabur untuk petunjuk polisi di masa hadapan.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan akhir bagi pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (AS) untuk suku terakhir 2020 diramalkan tidak berubah berbanding bacaan sebelumnya pada kadar 4.1%.
Data Jualan Runcit UK (Jumaat 3.00 Petang): Perbelanjaan pengguna dijangka melonjak untuk Februari ke paras 2.2% berbanding penurunan -8.2% pada Januari. Trend bacaan yang meningkat akan memberi petunjuk pemulihan ekonomi di UK.