Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data Inflasi Eropah (Selasa 6.00 Petang): Bacaan data tahunan indeks harga pengguna Eropah yang dijangka diterbitkan dengan angka yang meningkat mengharapkan untuk menyokong pemulihan mata wang Euro.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar Australia (Rabu 8.30 Pagi): Bakal memberi tekanan terhadap dolar Aussie pada minggu ini adalah tekanan oleh jangkaan penguncupan pada pertumbuhan ekonomi Australia untuk suku ketiga.
Laporan Data Pekerjaan ADP NFP AS (Rabu 9.15 Malam): Ramalan angka bacaan untuk pertambahan pekerjaan sektor swasta AS untuk bulan November sedikit menyusut. Pelabur akan menilai sebagai petunjuk awal sebelum terbitan laporan pekerjaan NFP pada penghujung minggu.
Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Rabu 11.00 Malam): Tiada perubahan ketara dijangkakan pada angka bacaan terbaru yang akan kekal memberi keyakinan terhadap pelabur untuk perkembangan sektor pembuatan di Amerika Syarikat.
Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Sektor pekerjaan di Kanada dijangka untuk memaparkan pemulihan dengan kenaikan pada pertambahan pekerjaan untuk bulan November dan juga penurunan pada kadar pengangguran yang dijangkakan.
Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Berdasarkan angka ramalan untuk laporan pekerjaan NFP untuk bulan November, tidak banyak perbezaan pada angka yang diterbitkan berbanding bulan Oktober. Federal Reserve (Fed) bakal menilai sektor pekerjaan dalam usaha meneruskan langkah pengetatan polisi.
Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 11.00 Malam): Sektor perkhidmatan AS turut akan dinilai oleh pelabur selepas data sektor pembuatan yang diterbitkan sebelumnya. Perbezaan ketara pada angka bacaan akan memberi kesan terhadap pergerakan US dolar dalam pasaran.